HALA TUJU PERJUANGAN DAN KEPIMPINAN MPP SESI 2007/2008
VISI
Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global
MISI
Ke Arah Keseimbangan dan Kecemerlangan yang Berorientasikan
5K (Kesarjanaan, Kokurikulum, Kesahsiahan, Kebajikan, dan Kesepaduan)
Bagi Melahirkan Mahasiswa yang Cemerlang
MATLAMAT
Mejadi satu medium interaksi bagi menyalurkan suara mahasiswa kepada pihak Universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela dan menyediakan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan untuk melahirkan mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang
DASAR UMUM:
1. Menjadikan Rukun Negara sebagai landasan aktiviti kemahasiswaan
2. Membantu Mahasiswa mendapatkan hak sebagai mahasiswa
3. Menjadikan PMUMS sebagai medium perantaraan Mahasiswa dan Pengurusan Universiti
4. Ke arah mewujudkan pengurusan yang sistematik dan kemantapan berorganisasi
5. Membudayakan mahasiswa yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani
OBJEKTIF
1) Kesarjanaan
Meningkatkan kesarjanaan akademik dengan pencapaian PNGK 2.50 ke atas seramai 70% daripada pelajar UMS
2) Kokurikulum
Memantapkan daya saing dan semangat juang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global
3) Kesahsiahan
Menanamkan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme
4) Kebajikan
Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang memuaskan sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan berkualiti
5) Kesepaduan
Mengukuhkan amalan-amalan kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional
CABARAN
1. Kurangnya komitmen dan penglibatan mahasiswa terhadap aktiviti yang dianjurkan
2. Kurangnya kerjasama mahasiswa dalam mencadangkan dan menyelesaikan isu serta pelaksanaan dasar
3. Keputusan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan kepentingan mahasiswa tidak mengambil kira
pandangan daripada wakil mahasiswa
4. Penekanan pihak universiti dan kerajaan untuk menerima isu dan cadangan yang telah diutarakan
5. Karenah birokrasi yang wujud menyebabkan cadangan penyelesaian masalah yang diputuskan gagal dilaksanakan sepenuhnya