MENGAMALKAN BUDAYA KERJA BERPASUKAN YANG KOMITED DAN
BERMOTIVASI
Budaya Kerja
Budaya kerja ialah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh
setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Cara kerja itu diamalkan seperti itu
kerana sudah menjadi kebiasaan atau tradisi organisasi tersebut.
Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu. Ia diterima oleh seluruh
masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yang dipegang itu adalah baik, maka nilai
itu adalah baik atau positif. Jika tidak, ia adalah dianggap tidak baik atau negatif dan
akan ditolak.
Jumlah kesemua nilai yang diamalkan/dihayati dalam kerja kita itu dikatakan sebagai
budaya kerja. Jikalau nilai yang diamalkan adalah baik, maka sudah tentulah budaya
kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik.
Budaya kerja juga ditentukan oleh sistem, prosedur dan struktur organisasi itu sendiri.
Ketiga-tiga perkara ini harus selari dan seiring dengan nilai yang dipegang. Lihat
contoh berikut:
1. Kita hendak pekerja itu rajin, tidak kira masa, berdedikasi dan sebagainya. Tetapi, kita tidak memberi balasan yang setimpal kepada mereka yang mereka benar-benar rajin, tidak kira masa, berdedikasi dan lain-lain. Orang yang rajin, tetapi tidak suka mengampu tidak dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji yang mendatar. Sudah tentulah orang yang rajin itu lama-lama akan menjadi malas.
2. Kita hendak mengamalkan prinsip keadilan, ihsan dan syura. Tetapi,kita tidak adil dalam mengagihkan tugas dan tanggungjawab. Kepadamereka yang suka mengampu, kita beri tugas yang mudah. Kepada yangrajin, tidak kira masa bekerja, kita beri dia tugas yang berat, sehinggaakhirnya ia sedar yang ia sedang dibelenggu dengan tugas yang terlalu banyak.
3. Orang yang tidak amanah, tidak jujur, tidak diambil sebarang tindakan. Kita lemah dan tidak tegas kerana takutkan sesuatu. Prinsip yang kita laungkan kita sendiri tidak mengamalkan. Kita suruh orang berjimat, tetapi kita belanja besar.
4. Kita hendak melatih orang supaya bekerja dengan cemerlang, tetapi kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Kehormatan yang pernah diberi kepada kita pun akan hilang. Orang tidak lagi percaya kepada kita. Budaya kerja perlukan pemimpin yang berkualiti. Antara ciri pemimpin yang berkualiti ialah:
• mempunyai wawasan
• mampu menjadi teladan yang baik
• mengamalkan nilai yang dipegang oleh organisasi
• memberi bimbingan, panduan, tunjuk ajar
• disegani kerana peribadinya yang mulia dan mampu membuat kerja dengan cemerlang
• tidak mudah marah, penyabar, tidak berat sebelah, adil, ihsan, jujur,amanah, bersih, ikhlas
• menjaga hati orang bawah.
Budaya kerja perlukan visi, misi, wawasan dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat organisasi mesti diketahui oleh semua anggota organisasi. Masing-masing faham dan ketahui tanggungjawab mereka. Semua anggota perlu tahu apa yang hendak dicapainya.
3. Mengapa Perlu Ada Budaya Kerja Yang Baik
Ia menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling baik.
Lihat contoh berikut:
a. Jikalau organisasi itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan pelanggan, tiba-tiba ada seorang pegawai yang marah seorang pelanggan, setiap orang lain akan hairan mengapa pelanggan itu dimarahi. Kelakuan ini tidak dapat diterima oleh organisasi itu. Sudah tentu yang marah pelanggan tadi akan dimarah jika kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara yang menasabah.
b. Setiap orang biasanya tidak akan melambatkan kerjanya. Jika ada seseorang yang tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua orang lain pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis.
c. Jikalau organisasi itu terkenal kerana kebanyakan surat yang dihantar kepada organisasi itu sentiasa hilang. Maka, pelanggan akan terpaksa berulang kali menelefon untuk bertanya jika surat yang telah dihantar itu sudah diterima atau tidak.
d. Seorang pemimpin itu sentiasa bersiar-siar di dalam pejabatnya untuk mencari sesuatu yang baik yang telah dilaksanakan oleh pegawainya. Maka setiap orang akan tunggu kedatangan pemimpinnya. Sebaliknya, pemimpin yang bersiar-siar untuk mencari kesalahan orang, dan akan
memarahi orang itu di hadapan khalayak ramai, maka semua akan lari daripadanya, bila dia datang.
e. Jikalau sifat bertolong-tolong itu sudah menjadi tradisi organisasi itu, maka setiap pegawai dan pekerja tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-masing akan bekerja
bersendirian.
4. Bagaimana Membentuk Pasukan
a. Setiap keputusan dibuat berdasarkan syura.
b. Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain.
c. Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di
kalangan setiap anggota organisasi.
d. Setiap orang diberi kebebasan untuk menggunakan kreativitinya,
kemampuannya, kepakarannya, kehandalannya, kelebihannya untuk
menghasilkan kerja dengan cara tersendiri.
e. Sentiasa wujud suasana intim antara setiap anggota organisasi.
f. Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan
pencapaian organisasi.
g. Memberi perhatian kepada peningkatan kerjaya setiap pekerja untuk
mencapai ketaatan yang luhur. Latihan perlu dijadikan amalan biasa.
5. Kelebihan Bekerja Sebagai Pasukan
a. Meningkatkan ransangan.
b. Mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja.
c. Sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik.
d. Mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya
merupakan angkara yang tidak sihat.
e. Mampu mewujudkan suasana yang intim.
f. Mewujudkan perasaan seronok bekerja.
g. Meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.